Pages

Tuesday 29 November 2011

PENUTUP

Pencemaran alam sekitar memberi banyak kesan yang sangat burukterhadap dunia pada masa kini. Kejadian hujan asid, kesan rumah hijau,penipisan ozon adalah antara kesan-kesan pencemaran alam sekitar yang seriusdan perlu ditangani segera sebelum ia menjadi lebih kritikal. Manusia dan jugahidupan lain saling berkait untuk terus hidup di dunia ini. Manusia memerlukanbahan makanan.
Sekiranya sumber makanan dicemari, maka tiadalah sumbermakanan untuk manusia.Sekiranya penduduk dunia atau manusia bersikap sambil lewa dengankeadaan alam sekitar yang semakin tercemar ini, dunia mungkin akan menjadisemakin kritikal dan hidupan lain di muka bumi ini akan terjejas atau pupussecara tidak langsung dan kemungkinan dunia akan musnah secara perlahan-lahan.
Manusia seharusnya bertanggungjawab dan menjaga serta memuliharaalam sekitar. Jika pencemaran dibiarkan berterusan, bumi akan kehilangankeindahannya dan mungkin suatu hari nanti, dunia ini tidak boleh lagi didiamioleh sebarang hidupan termasuklah manusia.Manusia seharusnya telah memulakan usaha-usaha untuk melakukanpemuliharaan terhadap alam sekitar yang telah musnah ataupun terjejas padamasa sekarang.
Manusia tidak lagi boleh menunggu sehingga tibanya masakeadaan alam sekitar menjadi benar-benar kritikal, dan barulah mengambiltindakan, kerana segala-galanya mungkin akan terlambat dan tidak bolehdiselamatkan lagi.
Kesimpulannya, manusia harus peka terhadap isu-isu alam sekitar danberusaha untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkanpencemaran serta berusaha memulihara alam sekitar untuk kesejahteraan hidupmasa hadapan.

PENCEMARAN BUNYI

Pencemaran bunyi adalah keadaan dimana sesuatu bunyi itu tidak disukaikerana memberi ketidakselesaan terhadap pendengaran
Secara saintifik, iadidefinisikan sebagai signal yang tidak memberi apa-apa informasi dankekuatannya berubah secara mendadak dari masa ke semasa.Pencemaran bunyi mungkin tidak diambil perhatian secara serius namun ia juga memberi kesan buruk terhadap dunia pada masa kini. Pencemaran bunyiberpunca daripada kenderaan, perindustrian, pembinaan, persekitaran dan sebagainya Jenis bunyi bising adalah seperti
Steady Wide Band Noise
yang meliputibunyi dengan batas ulangan yang luas, contohnya mesin biasa, keriuhan diPasar, dan trafik seterusnya Steady Narrow Band Noise iaitu tenaga bunyitertumpu kepada ulangan tertentu seperti mesin rumput, gergaji rantai, danpengetam. Selain itu, Impact Noise
iaitu bunyi tunggal yang pendek sepertiletupan, tembakan, senjatapi,
Repeated Impact Noise iaitu bunyi tunggal yang berulangan seperti memaku, memahat, dan akhir sekali Intermittent Noise iaitu seperti pengangkutan udara dan lalu



lintas.

PENCEMARAN TANAH

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatukawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianyadisebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Bahanpencemar ini terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Keseriusanpencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaranmenunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang dan akanbertukar warna menjadi kehitaman serta tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebutmenjadi layu.Kebanyakan tanah yang merosot kualitinya adalah disebabkan oleh aktivitimanusia itu sendiri. Aktiviti-aktiviti seperti perlombongan, tebus guna tanah yangmengorbankan kawasan terumbu karang, penebangan hutan yang menyebabkanaliran tanah dari darat masuk ke dalam laut, pembuangan sampah sarap dankumbahan yang tidak terkawal, pembuangan sisa toksik dan sisa nuklear, dantumpahan minyak menyebabkan tanah tercemar.




PENCEMARAN AIR

Pencemaran air ini berlaku apabila terdapat perubahan dari segikandungan, keadaan, warna dan kualiti sehinnga tidak sesuai dan memberikesan apabila digunakan . Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia, dan fizik .Pencemaran air bukan hanya berlaku di sungai sahaja,tetapi juga di laut,pantaidan lain-lain secara sengaja atau tidak sengaja. Punca utama yang menghasilkanpencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang-kilang yang berdekatandengan sumber air tersebut. Keadaan atau tahap pencemaran sumber air bolehdinilai berdasarkan beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti air tersebut iaituoksigen terlarut, keperluan oksigen biokimia (BOD), zat terlarut dalam air, pH,dan suhu.Secara saintifik, pencemaran air boleh diklasifikasikan kepada beberap jenis iaitu pencemaran fisika, kimiawi, fisiologis dan biologi. Pencemaran fisika iniditentukan oleh perubahan warna, suhu dan kekeruhan sumber airtersebut.punca yang biasanya menyebabkan pencemaran jenis ini ialah sepertipembuangan sampah dan daun-daun yang merupakan medium yang terapung diatas air. Manakala pencemaran kimiawi biasanya disebabkan oleh zat organiktermasuk protein, karbohidrat dan lemak dan bahan buangan industri yangmengandungi garam beracun serta tumphan minyak di laut. Selain itu, ia jugaberpunca daripada persenyawaan organoklor pada insektisida, fungisida danherbisida. Seterusnya pencemaran fisiologi dapat dikenalpasti daripada bau danrasa yang tidak menyenangkan pada sumber air. Pencemaran jenis inidisebabkan oleh persenyawaan amina, fluol dan merkaptan.pula disebabkan oleh mikroorganisma dalam sumber air tersebut seperti bakteriapatogen, virus, protozoa, parasit dan zat toksin
Pencemaran biologi


Monday 28 November 2011

PENCEMARAN UDARA

1.Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecairatau zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan yang menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Pencemaran udara disebabkanoleh pelepasan asap melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yangmelepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayuyang tidak terkawal

2.Pencemaran udara boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu primerdan sekunder. Pencemaran udara primer bermula apabila penghasilan sulfurmonoksida dan karbon monoksida akibat daripada pembakaran yang tidaklengkap. Proses ini akan menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai di udaradan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan manusia. Kebanyakanpencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasanindustri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapurarang atau kayu yang tidak terkawal

3. Pencemaran udara sekunder pula adalah


hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap air di udara.

4. Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan matamanusia.

Kesan terhadap Kesihatan Manusia

Pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan didunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibatdaripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahancemar yang terperangkap didalamnya akan memasuki hidung atau mulutmanusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida (CO) adalahantara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darahdengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida (NO2)boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari, bahan cemar gas ozon(O3) boleh menimbulkan kerengsaan

Pencemaran Alam

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam:
1.Pencemaran udara




2.Pencemaran air

3.Pencemaran laut

4.Pencemaran bunyi

5.Pencemaran tanah

6.Pencemaran haba

7Pencemaran sungai dan kolam