Pencemaran alam sekitar memberi banyak kesan yang sangat burukterhadap dunia pada masa kini. Kejadian hujan asid, kesan rumah hijau,penipisan ozon adalah antara kesan-kesan pencemaran alam sekitar yang seriusdan perlu ditangani segera sebelum ia menjadi lebih kritikal. Manusia dan jugahidupan lain saling berkait untuk terus hidup di dunia ini. Manusia memerlukanbahan makanan.
Sekiranya sumber makanan dicemari, maka tiadalah sumbermakanan untuk manusia.Sekiranya penduduk dunia atau manusia bersikap sambil lewa dengankeadaan alam sekitar yang semakin tercemar ini, dunia mungkin akan menjadisemakin kritikal dan hidupan lain di muka bumi ini akan terjejas atau pupussecara tidak langsung dan kemungkinan dunia akan musnah secara perlahan-lahan.
Manusia seharusnya bertanggungjawab dan menjaga serta memuliharaalam sekitar. Jika pencemaran dibiarkan berterusan, bumi akan kehilangankeindahannya dan mungkin suatu hari nanti, dunia ini tidak boleh lagi didiamioleh sebarang hidupan termasuklah manusia.Manusia seharusnya telah memulakan usaha-usaha untuk melakukanpemuliharaan terhadap alam sekitar yang telah musnah ataupun terjejas padamasa sekarang.
Manusia tidak lagi boleh menunggu sehingga tibanya masakeadaan alam sekitar menjadi benar-benar kritikal, dan barulah mengambiltindakan, kerana segala-galanya mungkin akan terlambat dan tidak bolehdiselamatkan lagi.
Kesimpulannya, manusia harus peka terhadap isu-isu alam sekitar danberusaha untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkanpencemaran serta berusaha memulihara alam sekitar untuk kesejahteraan hidupmasa hadapan.