Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatukawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianyadisebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Bahanpencemar ini terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Keseriusanpencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaranmenunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang dan akanbertukar warna menjadi kehitaman serta tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebutmenjadi layu.Kebanyakan tanah yang merosot kualitinya adalah disebabkan oleh aktivitimanusia itu sendiri. Aktiviti-aktiviti seperti perlombongan, tebus guna tanah yangmengorbankan kawasan terumbu karang, penebangan hutan yang menyebabkanaliran tanah dari darat masuk ke dalam laut, pembuangan sampah sarap dankumbahan yang tidak terkawal, pembuangan sisa toksik dan sisa nuklear, dantumpahan minyak menyebabkan tanah tercemar.